Pendaftaran perniagaan
sebelum memulakan perniagaan, anda perlulah memastikan bahawa perniagaan anda itu didaftarkan disamping memastikan segala lesen dan permit berkaitan diperolehi. perniagaan ditakrifkan sebagai setiap bentuk perdagangan,pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan.
Lesen dan Permit
dikeluarkan khusus untuk sesuatu industri oleh kementerian dan juga pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. anda perlu memohon lesen dan permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (pbt) di lokasi perniagaan anda.
Francais
satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri ialah dengan menyertai perniagaan secara francais. francais bukanlah satu''bentuk'' perniagaan ,tetapi merupakan kaedah atau system usaha niaga di mana sesuatu perusahaan(francais) diberikan hak untuk menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk.
Sistem Francais
merujuk kepada perjanjian diantara dua atau lebih orang yang mana francaisor memberikan hak kepada francaisi termasuklah kepada francaisi induk untuk menjalankan perniagaan yang selaras dengan perniagaan yang dimulakannya. untuk menjalankan perniagaan mengikut sistem francaisi anda perlu mendaftar dengan Pendaftar Francais, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Penyediaan Pelan Perniagaan
mempunyai Pelan Perniagaan adalah penting untuk perniagaan anda. lebih baik lagi jika anda mempunyai pelan yang strategik. sebelum kita membincangkan kepentingan mempunyai pelan perniagaan, yang perlu dipersoalkan kini,apakah itu yang dimaksudkan pelan perniagaan? salah satu faktor kegagalan dalam perniagaan adalah kebanyakan mereka tidak mempunyai pelan perniagaan. pelan perniagaan membentangkan pemahaman industri dan pemasaran,strategi dan perancangan keuntungan dan aliran wang tunai sebuah syarikat. pelan ini juga akan membentangkan jangkaan perniagaan kita untuk jangka waktu tiga atau lima tahun mendatang.
ramai peniaga kita tersalah faham dalam aspek pelan perniagaan ini. mereka berpendapat pelan perniagaan ini tidak perlu dilakarkan kerana perniagaan itu kecil sahaja. sama ada perniagaan kita kecil atau besar,kita masih tetap memerlukan pelan perniagaan.
Percukaian
Dimalaysia, semua pendapatan syarikat atau individual yang diperolehi dikenakan cukai . Lembaga Hasil Dalam Negeri berfungsi dalam memberi perkhidmatan penaksiran,pentadbiran,pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai-cukai yang tertakluk di bawah bidang kuasa LHDN.
Pengurusan Kewangan
Perancangan mencerminkan usaha yang melibatkan disiplin-disiplin tertentu,untuk mengurus dengan baik sumber-sumber pendapatan serta aset seseorang itu supaya setiap perbelanjaan yang dibuat mendatangkan faedah yang optimun dan dapat memungkinkan tabungan dan pelaburan yang boleh pula menjamin pendapatan dimasa hadapan. dengan terurusnya kewangan seseorang itu, maka akan dapat dipastikan bahawa ianya berbelanja hanya mengikut kemampuan, dan hanya akan membuat komitmen-komitmen kewangan yang mampu diselesaikan.