about me

Sabtu, 8 Januari 2011

Sifat-sifat penterjemah

Untuk menjadi penterjemah yang professional,seseorang itu perlu memiliki sifat-sifat yang mungkin sesetengahnya jauh berbeza daripada bidang kerjaya yang lain.antara sifat tersebut adalah :-
  • Jujur dan amanah.
  • Sabar dan berhati-hati.
  • Bersifat kreatif dalam membina ayat.
  • Merendah diri dan bersedia menerima kritikan.
  • Mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang.
  • Suka membaca  belajar dan sentiasa ingin menambahkan ilmu pengetahuan.
  • Boleh berada dihadapan computer dalam tempoh masa yang lama.
  • Tidak jemu membelek kamus.
  • Tidak malu bertanya.
  • Mementingkan penjagaan kesihatan.

Bersifat jujur dan amanah adalah satu perkara yang paling dituntut dalam kerjaya sebagai penterjemah. Hal ini kerana penterjemah sama sekali tidak dibenarkan membuat perubahan terhadap isi kandungan pengarang asal,walaupun isi kandungan tersebut mungkin bertentangan dengan pendapat dan pegangan penterjemah terbabit.
Selain itu, penterjemah juga tidak boleh memandai-mandai membuat tafsiran sendiri dengan melakukan penambahan atau pengurangan keatas isi kandungan yang asal dengan andaian penambahan atau pengurangan tersebut adalah selari dengan kehendak pengarang asal. Bagaimanapun, penterjemah dibolehkan mengemukakan pendapatnya jika dirasakan perlu melalui penggunaan nota kaki atau nota hujung. Dalam hal ini, penterjemah biasanya membuat nota kaki bagi tujuan yang berikut:-
1)      Membuat tafsiran terhadap isi kandungan yang mungkin sukar difahami oleh pembaca.
2)      Member contoh atau apa-apa keterangan bagi menyokong isi kandungan, atau bagi menambahkan lagi kefahaman pembaca.
3)      Membetulkan fakta yang pada pendapat penterjemah adalah salah atau kurang tepat.
4)      Penterjemah menyatakan pendapat sendiri tanpa menafikan pendapat pengarang asal.

 Semasa melakukan terjemahan, penterjemah dikehendaki bersifat sabar dan berhati-hati bagi mengelak daripada melakukan kesilapan dalam penterjemahan.sehubungan itu, penterjemah dinasihatkan agar jangan terlalu mengejar masa untuk menyiapkan hasil terjemahan dalam tempoh masa yang singkat sehingga mutu terjemahannya menjadi lemah, malah boleh dipertikaikan ketepatannya.

Dalam hal ini, kerap kali timbul konflik antara keinginan penterjemah untuk menghasilkan terjemahan yang bermutu dengan desakan pihak majikan ataupun pelanggan yang mahukan hasil terjemahan disiapkan dalam tempoh yang singkat.oleh itu, sebelum melakukan terjemahan, penterjemah dinasihatkan agar membuat anggaran tempoh masa yang perlu diambil bagi menyiapkan hasil terjemahan tersebut dan memberitahu pelanggan sebab-sebab tempoh masa tersebut diperlukan.
Sabar juga kerap kali berkait rapat dengan keperluan penterjemah merujuk kepada beberapa buah kamus bagi mencari padanan yang tepat bagi sesuatu perkataan dalam bahasa Arab yang ingin diterjemahkan. Dalam hal ini, penterjemah seringkali merasa malas dan letih untuk selalu membelek kamus, khususnya bagi perkataan yang penterjemah fikir ia mengetahui makna perkataan tersebut, sedangkan jika ia melihat kepada beberapa buah kamus, ia mungkin menemui padanan yang lebih baik daripada apa yang ia fikirkan.

Selepas selesai melakukan sesuatu terjemahan, penterjemah, khususnya mereka yang baru dalam bidang ini, dinasihatkan agar menunjukkan hasil terjemahan tersebut kepada individu yang dipercayai boleh memberikan kritikan yang membina terhadap hasil terjemahan beliau tersebut.sehubungan itu, penterjemah mesti membuang sifat malu, merendah diri, dan bersedia menerima sebarang kritikan. Anggaplah segala kritikan yang diterima adalah kritikan yang membina, dan jadikanlah kritikan tersebut sebagai cabaran untuk anda menghasilkan terjemahan yang lebih bermutu.

Semasa penterjemahan sedang dilakukan, penterjemah pada kebiasaannya akan berhadapan  

Jumaat, 7 Januari 2011

RASULULLAH PEMIMPIN UMMAH

KHUTBAH RASULULLAH PEMIMPIN UMMAH 


Kaum muslimin yang berbahagia,ya akan sentiasa meningkat manakala sifat-sifat buruk dan kefasikan semakin jauh ditinggalkan.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
iSidang Jumaat yang berbahagia,
Peristiwa ini digambarkan di dalam al-Quran dengan satu surah yang khusus iaitu surah al-Fiil. Firman Allah:
" Dan Allah telah menghantar kepada mereka rombongan burung-burung yang berpasukan yang melontar mereka dengan batu-batu dari jenis yang dibakar keras, lalu Allah menjadikan mereka hancur seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat, di mana akhirnya tentera Habsyah yang bergajah itu musnah dihujani oleh butiran batu tersebut. Sesungguhnya peristiwa ini adalah juga mukjizat sempena kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang kita sambut dan rayakan setiap kali diingatinya dibulan Rabiul Awwal.(surah al-Fiil:3-5);
Sidang Jumaat yang dihormati,
an penting, kerana di dalam upacara memperingati Maulud Nabi ini kita dapat mengulangkajiarkan oleh al-Quran:
" Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah itu contoh ikutan yang sebaik-baiknya iaitu mereka yang menghendakkan keredhaan Allah dan balasan baik di hari akhirat kelak serta sering menyebut dan mengingati Allah dengan sebaik-baiknya. (Surah al-Ahzab:21) "
Di antara yang terpenting untuk menjadi perhatian kita sebagai umat Muhammad s.a.w bahawantuk manusia seluruhnya.Al-Quran menegaskan:
" Tidak kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan membawa rahmat ke dunia seluruhnya.(Surah al-Anbia:107) "
Dari ayat tersebut terdapat dengan jelas iai
pada dunia seluruhnya bukan untuk kacau bilau dan peperangan sebagaimana dan sedang diala

Kaum muslimin yang berbahagia,
Dalam sejarah hidup Rasulullah s.a.w telah jelas kepada
iul Awwal ini juga Rasulullah telah pulang ke alam Baqa'. Sebagai umat dan kita yang ada sekarang telah dipusakakannya kepada kita dua perkara iaitu al-Quran dan as-Sunnah untuk panduan kita meneruskan jihad selaku umat pilihan dan bertanggungjawab sebagaimana firman Allah S.W.T:

" Dan demikianlah Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil supaya kamu layak menjadi pemimpin umat manusia dan adalah Rasul itu menjadi saksi atas kebenaran tugas kamu. (Surah al Baqarah:143)"
Kaum muslimin yang berbahagia,


Dalam menghadapi pergolakan yang semakin hangat dan mencabar hari ini sudahlah sampai masanya kita setiap umat Islam membuat analisa pengkajian dan perhitungan bahawa setakat mana dan sejauh manakah kita telah menunaikan tugas dan tanggungjawab kita sebagai umat pilihan dan umat yang paling baik? Apakah yang timbul tanda tanya kenapakah kita umat Islam mundur? Sedangkan umat-umat yang lain lebih maju? Sekurang-kurangnya di dalam negara kita sendiri. Bagaimanakah kita hendak melaksanakan tugas sebagai pemimpin kiranya diri kita sendiri tidak boleh memberikan contoh dan tauladan kepada orang lain. Jawapan kepada tanda tanya ini adalah disebabkan kesalahan kita sendiri. Kita tidak benar-benar memahami ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Kalau perjuangan Rasulullah dan para sahabat baginda adalah meletakkan kepentingan Islam di atas segala-galanya tetapi kita umat Islam di hari ini mungkin meletakkan kepentingan-kepentingan diri di atas kepentingan-kepentingan lain. Oleh ! yang demikian sempena bulan Rabiul Awwal ini marilah kita kembali kepada ajaran Allah dan rasulnya dalam ertikata yang sebenar.
" Apa yang diberikan Rasul kepadamu terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggallah. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukumannya.(Surah al-Hasyr:7) "